Pembinaan struktur proses naik taraf jalan, simpang

Laporan Sinar Harian berhubung gesaan penduduk di kawasan perumahan berkenaan agar pihak pemaju tidak meneruskan pembinaan struktur berhampiran di pintu keluar masuk kawasan perumahan berkenaan kerana ia bakal menghalang laluan.
Laporan Sinar Harian berhubung gesaan penduduk di kawasan perumahan berkenaan agar pihak pemaju tidak meneruskan pembinaan struktur berhampiran di pintu keluar masuk kawasan perumahan berkenaan kerana ia bakal menghalang laluan.
A
A
A

PASIR GUDANG - Proses pembinaan struktur di hadapan pintu masuk ke kawasan perumahan berpagar Sapphire 8, Bandar Seri Alam di sini sebenarnya merupakan proses naik taraf jalan dan persimpangan di Jalan Persiaran Seri Alam.

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa proses naik taraf tersebut merupakan usaha bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya selain membantu mengurangkan kesesakan di laluan berkenaan.

“Seperti kita semua sedia maklum, Jalan Persiaran Seri Alam menampung jumlah aliran trafik tinggi pada waktu puncak; justeru apabila ada tambahan pembangunan, kerja naik taraf jalan dan persimpangan perlu dijalankan untuk memastikan Level Of Service (LOS) jalan tersebut sekurang-kurangnya berada dalam gred C.

“Ini ditambah dengan pembinaan Hospital Pasir Gudang yang akan siap tidak lama lagi. Berdasarkan laporan Impak Trafik (TIA) yang dikeluarkan oleh jurutera perunding profesional (Ir) mendapati adjustment pada simpang sedia ada perlu dibuat bagi memastikan keselamatan dan fungsi jalan dalam keadaan terkawal,” katanya pada Ahad.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata demikian bagi menjawab gesaan penduduk di kawasan perumahan berkenaan agar pihak pemaju tidak meneruskan pembinaan struktur berhampiran di pintu keluar masuk kawasan perumahan berkenaan kerana ia bakal menghalang laluan.

Penduduk di kawasan perumahan berkenaan bimbang dengan pembinaan struktur berkenaan yang akan menghalang laluan keluar masuk terutamanya laluan keluar ke kanan.

Dalam pada itu, MBPG berkata, berdasarkan laporan impak trafik yang dikeluarkan, terdapat dua cadangan melibatkan jangka panjang dan pendek bagi mengawal trafik di kawasan tersebut.

Menurutnya, bagi jangka panjang, jalan penghubung baharu yang dinamakan sebagai Jalan Lingkaran Tengah yang menghubungkan Bandar Seri Alam dan Desa Cemerlang perlu dibina menjelang 2030 dan ia telah dimasukkan dalam permohonan RMK13 manakala bagi bagi jangka pendek pula kerja-kerja naik taraf persimpangan dan jalan perlu dibuat dan bagi persimpangan Sapphire 8 yang merupakan simpang 4.

Artikel Berkaitan:

“Jika tiada lampu isyarat dipasang, ia akan menyebabkan kesusahan penduduk Sapphire 8 untuk keluar dan masuk ke kawasan perumahan tersebut selain menimbulkan bahaya kepada pemandu terutamanya apabila aliran trafik tinggi pada waktu puncak pagi dan petang.

“Bagaimanapun, pemasangan lampu isyarat 4 fasa iaitu seperti biasa dilihat tidak praktikal dan menyebabkan LOS menjadi gred E dan F kerana ia hanya menambah kan lagi masa berhenti bagi trafik di jalan utama,” katanya.

Sementara itu, MBPG berkata, pembinaan lampu isyarat biasa simpang empat di kawasan berkenaan melibatkan 4 fasa di mana setiap simpang perlu berhenti pada lampu isyarat merah bagi memberikan laluan kepada kenderaan lain.

“Bagi memastikan kelancaran trafik, lampu isyarat fasa tiga akan digunakan; contohnya, bagi fasa 1, laluan utama hijau di kedua-dua arah di mana laluan masuk ke Sapphire * merah, laluan keluar dari Southhill juga merah, bagi fasa 2, laluan masuk ke sapphire hijau, laluan terus utama ke Johor baharu hijau, laluan terus utama masuk ke seri alam merah, untuk beri laluan kenderaan masuk ke Sapphire dan bagi fasa 3;: laluan keluar ke kanan dari Southhill hijau, semua laluan lain merah.

“Perjalanan boleh menjadi lancar menggunakan bulatan berhampiran; cuma jarak perjalanan bertambah sedikit, berbanding menunggu lama akibat kesesakan dan kaedah ini banyak digunakan di bandar-bandar utama termasuk Kuala Lumpur dan Johor Bahru,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!