Nahas pesawat di Muan: Pemangku Presiden Korea Selatan umum tempoh berkabung

Kesemua 181 orang di dalam pesawat Korea Selatan yang terhempas pada Ahad di lapangan terbang barat daya negara itu dipercayai terbunuh kecuali dua diselamatkan, kata beberapa media memetik pihak berkuasa bomba. Foto Xinhua. Gambar kecil: Choi Sang-mok
Kesemua 181 orang di dalam pesawat Korea Selatan yang terhempas pada Ahad di lapangan terbang barat daya negara itu dipercayai terbunuh kecuali dua diselamatkan, kata beberapa media memetik pihak berkuasa bomba. Foto Xinhua. Gambar kecil: Choi Sang-mok
A
A
A

SEOUL - Pemangku Presiden Korea Selatan, Choi Sang-mok pada Ahad mengumumkan tempoh berkabung di seluruh negara berikutan nahas pesawat yang meragut sekurang-kurangnya 177 nyawa, dengan dua orang masih hilang, menurut pejabatnya.

Agensi Berita Yonhap melaporkan bahawa pengumuman itu dibuat semasa mesyuarat tergempar yang diadakan beberapa jam selepas pesawat penumpang yang membawa 181 individu terhempas dan meletup di sebuah lapangan terbang di Muan, daerah di barat daya Korea Selatan. Dua kru terselamat dalam kejadian itu.

"Kami mengucapkan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi yang tidak dijangka ini," kata Choi.

Beliau mengisytiharkan tempoh berkabung nasional selama tujuh hari, bermula pada Ahad dan akan berakhir pada tengah malam Sabtu.

Choi juga telah menetapkan Muan sebagai zon bencana khas, menjadikannya layak untuk menerima sokongan kerajaan.

"Kami akan menyediakan semua bantuan yang diperlukan untuk usaha pemulihan, sokongan untuk keluarga yang berduka dan rawatan perubatan bagi yang cedera," katanya.

Pemangku Presiden itu seterusnya mengarahkan agensi berkaitan untuk menggerakkan semua sumber yang ada, termasuk peralatan, kakitangan dan infrastruktur.

Choi yang juga Timbalan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Ekonomi dan menteri kewangan mengambil alih peranan kepimpinan sementara pada Jumaat berikutan penggantungan tugas Pemangku Presidena Han Duck-soo oleh Parlimen.

Artikel Berkaitan:

Han telah didakwa tidak sampai dua minggu selepas beliau mengambil alih jawatan Presiden Yoon Suk Yeol pada 14 Disember, yang didakwa kerana salah mengendalikan undang-undang tentera. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!