Nahas pesawat: Presiden Azerbaijan, Aliyev minta Rusia bayar pampasan

Laporan Sinar Harian berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines (kiri), Ilham Aliyev
Laporan Sinar Harian berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines (kiri), Ilham Aliyev
A
A
A

ISTANBUL - Azerbaijan pada Ahad meminta Rusia mengakui kesalahan, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan membayar pampasan berikutan nahas pesawat penumpang negara itu di Kazakhstan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Bercakap kepada pemberita di Baku, Presiden Ilham Aliyev mengesahkan bahawa pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) yang terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan rosak teruk akibat tembakan dari darat dan hampir hilang kawalan disebabkan peperangan elektronik.

"Fakta menunjukkan bahawa pesawat awam Azerbaijan telah mengalami kerosakan dari luar ketika berada di wilayah Rusia, berhampiran Grozny, dan hampir hilang kawalan. Kami juga tahu bahawa pesawat kami menjadi tidak terkawal kerana peperangan elektronik,” katanya.

Pesawat AZAL yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny di Republik Chechen, Rusia terhempas tiga kilometer dari Aktau di pantai Laut Kaspia pada Rabu.

Pihak berkuasa Kazakhstan melaporkan bahawa 38 orang terbunuh dalam nahas pesawat Embraer 190 yang membawa 67 penumpang itu, manakala 29 lagi terselamat. Siasatan terhadap insiden berkenaan sedang dijalankan di Azerbaijan dan Kazakhstan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!