Jerman: Puluhan cedera akibat gas tidak diketahui di pasar raya

Beberapa krew kecemasan membantu merawat mangsa di lokasi - Foto: Agensi
Beberapa krew kecemasan membantu merawat mangsa di lokasi - Foto: Agensi
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya 41 orang mengalami masalah pernafasan selepas terdedah kepada gas yang tidak diketahui di pasar raya Kaufland di bandar Waldheim, timur Jerman, kata polis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Beberapa pelanggan mengadu tidak sihat dan mengalami kerengsaan pernafasan. Jumlah mangsa kini mencecah 41 orang. Selepas rawatan awal oleh pasukan penyelamat di lokasi, 15 daripada mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut,” kata polis di Saxony pada Sabtu.

Pasar raya itu kemudiannya segera dikosongkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!