Kes tumpuan di kamar mahkamah

Pelbagai kes mahkamah berprofil tinggi, unik dan mengejutkan yang berlangsung sepanjang tahun ini.
Pelbagai kes mahkamah berprofil tinggi, unik dan mengejutkan yang berlangsung sepanjang tahun ini.
A
A
A

MENYOROT tahun 2024, majoriti masyarakat Malaysia telah menyaksikan pelbagai kes mahkamah berprofil tinggi, unik dan mengejutkan yang berlangsung sepanjang tahun ini.

Tidak ketinggalan, beberapa tokoh korporat, politik dan ahli perniagaan terkemuka turut berdepan dengan pelbagai kes mahkamah menarik, sekali gus menimbulkan polemik besar dalam kalangan umum.

Berikut merupakan beberapa kes tumpuan di kamar mahkamah sepanjang tahun ini:

23 Januari

- Nai'mah mengaku tidak bersalah

Naimah (tengah) kelihatan sugul pada sebutan kes Allahyarham Tun Daim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto Bernama
Naimah (tengah) kelihatan sugul pada sebutan kes Allahyarham Tun Daim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto Bernama

Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na'imah Abdul Khalid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan, gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 12 aset harta.

29 Januari

Artikel Berkaitan:

- Tun Daim didakwa gagal isytihar harta

Daim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta. Foto Bernama
Daim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta. Foto Bernama

Bekas Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan, gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun pelaburan.

2 Februari

- Hukuman penjara Najib dikurangkan

Pihak penjara mengiringi Najib ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi prosiding kes 1MDB. Foto Bernama
Pihak penjara mengiringi Najib ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi prosiding kes 1MDB. Foto Bernama

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersetuju mengurangkan hukuman jel daripada 12 ke 6 tahun, denda RM210 juta kepada RM50 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. Ini bermakna Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

7 Februari

- Editor Sarawak Report dihukum penjara 2 tahun

Pengasas dan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas didapati bersalah atas pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

9 Februari

- Enakmen Jenayah Syariah Kelantan tidak sah

Mahkamah Persekutuan Putrajaya dalam keputusan majoriti 8-1, memutuskan 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah. Keputusan bersejarah itu disampaikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan hakim selepas membenarkan petisyen peguam yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman.

6 Mac

- Isa Samad dilepaskan kes rasuah RM3 juta

6 Mac
Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Mohd Isa daripada sembilan kes rasuah RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak. Foto Bernama
6 Mac Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Mohd Isa daripada sembilan kes rasuah RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak. Foto Bernama

Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Samad daripada sembilan kes rasuah RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak kerana suapan itu tidak disokong bukti yang boleh dipercayai.

14 Mac

- Kes Kevin Morais: Hukuman mati enam pelaku kekal

Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap enam lelaki termasuk bekas pakar patologi Kolonel Dr R Kunaseegaran bagi kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

21 Mac

- Bakar pusat tahfiz: Hukuman pemuda kekal

Kematian menyayat hati 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran tujuh tahun lalu, akhirnya terbela apabila Mahkamah Persekutuan, mengekalkan hukuman dan sabitan terhadap seorang pemuda atas kesalahan membunuh. Pemuda berusia 23 tahun berkenaan selaku perayu akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

26 Mac

- Pengasas KK Mart didakwa isu stoking

Pengasas, Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah ALLAH, dua minggu lalu.

29 Mac

- Isa Samad diarah bayar RM3.31 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad yang juga bekas Pengerusi FGV Holdings Berhad dan bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.

17 April

- Wanita pertama dihukum sebat

Ibu tunggal, Nurfifi Amira Nawi, 37, menjadi wanita pertama di Terengganu, dikenakan hukuman enam sebatan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu kerana berkhalwat.

2 Mei

- Hukuman pegasas Rumah Bonda kekal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella selepas menolak rayuan wanita itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.

1 Jun

- Bapa Zayn Rayyan direman

Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, tahun Disember lalu direman selama tujuh tujuh hari, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

6 Jun

- Kes rogol libat Ebit Liew

Pasukan pendakwaan tidak meneruskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew.

17 Jun

- Serang balai polis: Ahli keluarga suspek didakwa

Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas sembilan pertuduhan termasuk menggalak dan menanam ideologi kumpulan pengganas Daesh.

16 Julai

- Siber buli: Pemilik rumah kebajikan didenda

Seorang pemilik rumah Kebajikan, P Shalini, 35, yang dikaitkan dengan kematian pempengaruh, A Rajeswary atau lebih dikenali sebagai Esha, didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas satu pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat.

23 Julai

- Enam bekas penuntut UPNM ke tali gantung

Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

7 Ogos

- Isu Duta Enclaves

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pelikuidasi Semantan Estate untuk mendapatkan semula tanah di Jalan Tuanku Abdul Halim yang sebelum ini dikenali 'Duta Enclave' seluas 106.542 hektar di Mukim Batuyang menempatkan beberapa kompleks bangunan kerajaan.

11 September

- Mahkamah tolak permohonan Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan untuk menyemak keputusan yang mengembalikan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM232.5 juta dihadapinya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!