Tragedi yang tidak terduga

A
A
A

SOROTAN tahun 2024 pastinya meninggalkan kenangan pilu buat rakyat Malaysia apabila negara berdepan dengan pelbagai peristiwa tragedi yang menggemparkan umum.

Sebagai contoh, Malaysia berduka apabila 10 perwira muda negara terkorban dalam insiden dua helikopter bertembung di udara, sebelum terhempas di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, ketika menjalani latihan lintas hormat sempena perbarisan Hari TLDM ke-90.

Berikut merupakan sorotan peristiwa tragedi besar lain yang tidak terduga menimpa negara sepanjang tahun ini:

23 April

- 10 terkorban nahas helikopter TLDM

 10 terkorban nahas helikopter TLDM
10 terkorban nahas helikopter TLDM

Dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhempas selepas bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika sesi latihan sempena Hari Terbuka Armada TLDM melibatkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec.

7 Mei

Artikel Berkaitan:

- Pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail

Pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail

Seorang lelaki tempatan maut, manakala dua lagi cedera dalam insiden pokok berusia lebih 50 tahun tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

17 Mei

- Balai Polis Ulu Tiram diserang

Balai Polis Ulu Tiram diserang
Balai Polis Ulu Tiram diserang

Dua anggota polis iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, parah selepas ditetak dan ditembak suspek dalam kejadian kira-kira jam 4.41 pagi.

5 Julai

- Pempengaruh maut kerana buli siber

 Pempengaruh maut kerana buli siber
Pempengaruh maut kerana buli siber

Pempengaruh, A Rajeswary atau lebih dikenali sebagai Esha ditemukan meninggal dunia di kondominumnya di Setapak, Kuala Lumpur pada 5 Julai lalu, sehari selepas membuat laporan polis berhubung gangguan buli siber yang dialaminya.

7 Julai

- Dua beradik maut makan keropok beracun

Dua beradik maut makan keropok beracun
Dua beradik maut makan keropok beracun

Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia selepas termakan keropok yang didakwa dicampurkan racun tikus untuk dijadikan umpan perangkap monyet liar.

15 Julai

- Mayat Nur Farah Kartini hampir reput di ladang kelapa sawit

Mayat Nur Farah Kartini hampir reput di ladang kelapa sawit
Mayat Nur Farah Kartini hampir reput di ladang kelapa sawit

Bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dilapor hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Perak dibunuh di sebuah ladang dan mayatnya ditemui dalam keadaan hampir reput.

12 Ogos

- Mayat tanpa kepala sah milik Cikgu Istiqomah

Mayat tanpa kepala sah milik Cikgu Istiqomah
Mayat tanpa kepala sah milik Cikgu Istiqomah

Kehilangan seorang guru wanita akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tanpa kepala ditemui pada 31 Disember tahun lalu adalah milik Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

17 Ogos

- Nuraina Humaira ditemui mati

Nuraina Humaira ditemui mati
Nuraina Humaira ditemui mati

Kanak-kanak orang asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan lembam dilaporkan hilang pada 16 Ogos sebelum mayatnya ditemukan keesokan harinya di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Perak.

23 Ogos

- Tanah jerlus depan Masjid India

Tanah jerlus depan Masjid India
Tanah jerlus depan Masjid India

Seorang pelancong wanita warga India, G Vijaya Lakshmi, 48, disyaki terjatuh dan tertimbus akibat tanah jerlus di hadapan Masjid India, Kuala Lumpur kira-kira jam 8 pagi.

30 September

- Polis sahkan Sabari dibunuh

Polis sahkan Sabari dibunuh
Polis sahkan Sabari dibunuh

Misteri kehilangan bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, di Baling, Kedah akhirnya terungkai selepas polis menahan dua lelaki tempatan iaitu seorang kontraktor dan anak saudaranya yang disyaki membunuh mangsa.

8 Oktober

- Golden Hill Cameron Highlands banjir

Golden Hill Cameron Highlands banjir
Golden Hill Cameron Highlands banjir

Kampung Sungai Ruil dan Golden Hill, Brinchang, Cameron Highlands antara kawasan terjejas kejadian tanah runtuh dan banjir kilat menyebabkan tujuh rumah, termasuk dua rumah inap desa dimasuki air dan lumpur.

9 Oktober

- Pemandu wanita rempuh tiga pelajar UiTM

Insiden menyayat hati melibatkan tiga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dungun maut, manakala seorang lagi cedera akibat dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV yang dipandu seorang wanita dipercayai kurang siuman, di hadapan universiti berkenaan.

28 November

- Warga emas korban banjir pertama di Terengganu

Warga emas korban banjir pertama di Terengganu
Warga emas korban banjir pertama di Terengganu

Seorang lelaki warga emas, Tuan Jusoh Tuan Hassan, 66, menjadi korban pertama banjir di Terengganu selepas ditemui lemas di Kampung Pinang, Besut, Terengganu

29 November

- Dua beradik maut tanah runtuh

Dua beradik maut manakala seorang lagi cedera selepas kediaman mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, Terengganu dihempap tanah runtuh.

1 Disember

- Banjir di sembilan negeri

Banjir di sembilan negeri
Banjir di sembilan negeri

Bencana banjir yang melanda negara menjejaskan lebih 150,000 mangsa yang membabitkan 45,195 keluarga dan ditempatkan di 699 PPS di sembilan negeri.

2 Disember

- Lelaki dihanyut banjir dalam ladang sawit

Lelaki dihanyut banjir dalam ladang sawit
Lelaki dihanyut banjir dalam ladang sawit

Seorang lelaki yang juga anggota di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Dungun, Wan Muhamad Firdaus Wan Nasir, 36, ditemukan lemas di Ladang Kelapa Sawit, Felda Kerteh 3 di Ketengah Jaya, Terengganu.

-end-

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!