Zikir pelik di kubur: Pengurusan minta tunggu hasil siasatan

Pihak pengurusan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Ibukota di sini meminta semua pihak menunggu hasil siasatan polis berhubung aktiviti mencurigakan yang didakwa berlaku di tanah perkuburan berkenaan.
Pihak pengurusan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Ibukota di sini meminta semua pihak menunggu hasil siasatan polis berhubung aktiviti mencurigakan yang didakwa berlaku di tanah perkuburan berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Ibukota di sini meminta semua pihak menunggu hasil siasatan polis berhubung aktiviti mencurigakan yang didakwa berlaku di tanah perkuburan berkenaan.

Wakil pihak pengurusan yang enggan namanya disiarkan berkata, perkara tersebut sudah berada di bawah pengetahuan pihak berkuasa agama dan polis susulan tular satu video di laman media sosial pada Sabtu.

“Sebagai menghormati tugas dijalankan pihak berkuasa, kami mohon kerjasama semua pihak untuk menunggu keputusan pihak berkuasa,” kata wakil pihak pengurusan terbabit kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambahnya, pihak pengurusan tanah perkuburan tersebut juga tidak mahu membuat sebarang kenyataan kerana dibimbangi akan mengganggu siasatan, sebaliknya hanya memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!