Mangsa banjir Kelantan terus meningkat di tiga daerah

Mangsa banjir turut melibatkan kanak-kanak yang tamat sesi persekolahan di Tanah Merah pada Ahad.
Mangsa banjir turut melibatkan kanak-kanak yang tamat sesi persekolahan di Tanah Merah pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Mangsa banjir gelombang ketiga di Kelantan terus meningkat kepada 882 orang daripada 267 keluarga di tiga daerah iaitu Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai pada pagi Isnin.

Jumlah itu meningkat berbanding 71 mangsa daripada 22 keluarga pada petang Ahad.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa-mangsa ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan paling tinggi dibuka di Tanah Merah iaitu 13 PPS, Kuala Krai (4) dan Machang (2).

Dalam pada itu berdasarkan laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, sehingga 8 pagi Isnin, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah mencatatkan paras melebihi tahap amaran dengan bacaan 23.16 meter (m) menurun berbanding 23.32m pada Ahad serta menunjukkan trend menurun.

Mangsa banjir dipindahkan ke PPS dengan menggunakan lori APM.
Mangsa banjir dipindahkan ke PPS dengan menggunakan lori APM.

Satu lagi sungai di daerah itu, Sungai Sokor di Kampung Sokor mencatat aras air 22.49m juga melebihi tahap amaran.

Terkini, Sungai Golok di Rantau Panjang Pasir Mas merekodkan bacaan 9.11m melebihi tahap bahaya dengan trend menaik.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kelantan, Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata, operasi pemindahan mangsa banjir di ketiga-tiga daerah terlibat berakhir kira-kira jam 10 malam, Ahad.

Artikel Berkaitan:

Usaha memindahkan mangsa banjir dilakukan di Tanah Merah pada Ahad.
Usaha memindahkan mangsa banjir dilakukan di Tanah Merah pada Ahad.

“Pihak kami bersama bomba dan polis turut berjaga-jaga serta memantau keadaan cuaca pada waktu tengah malam tadi, bagaimanapun mendapati keadaan hujan beransur pulih selain tidak selebat pada Ahad.

“Kami juga berwaspada dengan keadaan di Pasir Mas disebabkan trend Sungai Golok yang menaik tetapi setakat ini terkawal kerana cuaca tidak hujan di daerah itu,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!