Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat

Keadaan Perodua Myvi yang dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan di KM37 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan pada Ahad.
Keadaan Perodua Myvi yang dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan di KM37 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan pada Ahad.
A
A
A

PEKAN - Seorang wanita maut manakala tujuh termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 37 Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Ahad.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nur Ezyyantie Aliakbar, 30, yang bertugas sebagai penolong pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Temai di sini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 8.15 malam itu, suami mangsa, Muhammad Amirul Naim Ramli, 32, dan dua anak perempuan mereka, Aura Arabella, 12, serta Afia Annasya, 2, dilaporkan parah.

Keadaan di tempat kemalangan melibatkan dua kenderaan yang meragut nyawa seorang penumpang dan mencederakan tujuh yang lain pada Ahad.
Keadaan di tempat kemalangan melibatkan dua kenderaan yang meragut nyawa seorang penumpang dan mencederakan tujuh yang lain pada Ahad.

Menurutnya, pemandu sebuah lagi kenderaan, Kamsulzain Muhamad Zainudin, 50, bersama isteri, Rosmawati Amat, 50, dan dua anak mereka, Muqri Danish, 17, dan Rafie Rizq, 12, turut cedera.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika kenderaan jenis Honda HR-V dipandu Kamsulzain dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Port Dickson manakala kereta Perodua Myvi dinaiki Nur Ezyyantie bersama keluarganya dari arah bertentangan.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, Honda HR-V dipandu pekerja sebuah syarikat minyak itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar Perodua Myvi yang sedang bergerak lurus," katanya.

Keadaan Honda HR-V yang terlibat kemalangan di KM37 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan pada Ahad.
Keadaan Honda HR-V yang terlibat kemalangan di KM37 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Mohd Zaidi berkata, akibat kejadian, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan Myvi mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan.

"Pemandu dan penumpang Honda HR-V menerima rawatan di zon kuning manakala pemandu Myvi bersama dua anaknya dirawat di zon merah hospital berkenaan," katanya.

Tambah beliau, kes kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!