8 unit berek PGA Batalion 10 musnah dalam kebakaran
SIBU - Lapan unit berek Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-10, Jalan Upper Lanang, di sini musnah dalam kebakaran pada malam Ahad.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral serta BBP Sungai Merah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 7.05 petang.
Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah berek satu blok 10 pintu (unit) jenis struktur tidak kekal telah terbakar 100 peratus dari pintu nombor tiga sehingga nombor 10.
"Pintu nombor satu dan nombor dua berjaya diselamatkan dan tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, jumlah keseluruhan adalah 21 penghuni dari tujuh pintu manakala tiga pintu tidak berpenghuni.
"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.15 malam. Siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran,”
"Operasi terbabit turut melibatkan kerjasama daripada pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM)," ujarnya.
.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!