Maritim selamatkan 4 kru bot tunda hampir karam

Empat kru termasuk tiga warga Indonesia diselamatkan selepas bot tunda dinaiki mereka hampir karam dipukul ombak di lokasi kira-kira 12 batu nautika tenggara Kuantan berhampiran Pantai Lagenda,Pekan pada Ahad.
Empat kru termasuk tiga warga Indonesia diselamatkan selepas bot tunda dinaiki mereka hampir karam dipukul ombak di lokasi kira-kira 12 batu nautika tenggara Kuantan berhampiran Pantai Lagenda,Pekan pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Empat lelaki termasuk tiga warga Indonesia berjaya diselamatkan selepas bot tunda dinaiki mereka hampir karam akibat dipukul ombak di lokasi kira-kira 12 batu nautika tenggara Kuantan berhampiran Pantai Lagenda, Pekan pada Ahad.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim, Mazlan Mat Rejab berkata, pihaknya melalui Pusat Sub Penyelamatan Maritim (MRSC) Kuantan menerima laporan kejadian menimpa bot tunda Muhibah AP 12 itu pada jam 7.40 petang.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal diterima, semua mangsa berusia 19 hingga 51 tahun itu berada dalam keadaan selamat dan memakai jaket keselamatan.

"Sebaik menerima laporan tersebut, bot ronda Penggalang 19 telah diatur gerak ke lokasi tersebut.

"Bagaimanapun bot itu tidak dapat ke lokasi ekoran cuaca buruk," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mazlan berkata, kira-kira jam 12.30 malam, MRSC Kuantan telah dimaklumkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pekan bahawa semua mangsa telah berjaya diselamatkan

"Mangsa telah diselamatkan melalui jalan pantai berikutan jarak lokasi bot tunda yang terkandas berhampiran dengan pesisir pantai.

"Semua mangsa berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi carilamat ditamatkan jam 4 pagi," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!