[VIDEO] Pekerja kilang mengaku miliki bahan pornografi kanak-kanak, video lucah

A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang pekerja kilang ais mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki bahan penganiayaan kanak-kanak dan video lucah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Tertuduh, Muhammad Affandi Mohd Azi, 33 membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan dihadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di Kampung Batangan, dalam daerah Marang jam 8.50 malam pada 23 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Muhammad Affandi (tengah) di hadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Hulu Terengganu pada Isnin atas dua pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanal dan video lucah.
Muhammad Affandi (tengah) di hadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Hulu Terengganu pada Isnin atas dua pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanal dan video lucah.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara selama tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki video lucah pada tarikh, masa dan tempat yang sama di mana dia boleh dihukum di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 oleh seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah turut menetapkan 15 Januari depan sebagai tarikh hukuman di Mahkamah Majistret Marang.

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan pegawai pendakwa, Asisten Superintenden Tuan Norhasnida Tuan Nordin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!