[VIDEO] Banjir: Bomba hantar bekalan makanan ke lokasi terputus hubungan

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu melakukan penerbangan menghantar bekalan makanan ke kawasan terputus hubungan susulan bencana banjir gelombang ketiga yang melanda negeri ini bermula Ahad.

Pengarah JPBM Terengganu, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Nor Mahathir Muhamad berkata, penerbangan pada pagi Isnin itu dilakukan bagi menghantar 350 kilogram (kg) barangan keperluan asas menggunakan Helikopter Agusta AW 139.

Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu melakukan penerbangan untuk menghantar bekalan makanan ke Kampung Langkap, di Setiu yang terputus hubungan.
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu melakukan penerbangan untuk menghantar bekalan makanan ke Kampung Langkap, di Setiu yang terputus hubungan.

"Barangan ini dihantar ke Kampung Langkap, di Setiu yang terputus hubungan akibat banjir yang melanda pada Ahad.

"Ia berikutan jalan utama ke kampung berkenaan terputus selepas dinaiki air sedalam 3 meter malam tadi.

"Antara barangan dihantar terdiri daripada keperluan makanan seperti beras, gandum dan air," katanya di sini pada Isnin.

Anggota bomba memindahkan barangan untuk dihantar ke lokasi terputus hubungan di Setiu.
Anggota bomba memindahkan barangan untuk dihantar ke lokasi terputus hubungan di Setiu.

Jelas Nor Mahathir, penerbangan tersebut bermula jam 10 pagi dan selesai kira-kira jam 11.15 pagi.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba melakukan penerbangan menggunakan Helikopter Agusta AW 139 ke lokasi terputus hubungan dalam bencana banjir gelombang ketiga melanda pada Isnin.
Anggota bomba melakukan penerbangan menggunakan Helikopter Agusta AW 139 ke lokasi terputus hubungan dalam bencana banjir gelombang ketiga melanda pada Isnin.

"Helikopter tersebut kini menuju ke Gua Musang, Kelantan bagi penghantaran 20 tan bekalan asas ke Pos Orang Asli.

"Proses penghantaran barangan ini diketuai Penguasa Kanan Bomba 1, Mohd Ruzaidi Ramlee bersama tujuh kru lain termasuk pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!