Bomba hantar bekalan makanan ke lokasi terputus hubungan
30 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu melakukan penerbangan menghantar bekalan makanan ke kawasan terputus hubungan susulan bencana banjir gelombang ketiga yang melanda negeri ini bermula Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Pengarah JPBM Terengganu, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Nor Mahathir Muhamad berkata, penerbangan pada pagi Isnin itu dilakukan bagi menghantar 350 kilogram (kg) barangan keperluan asas menggunakan Helikopter Agusta AW 139.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Terengganu