Suri rumah didakwa bantu sembunyi wang RM170,000

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang milik seorang wanita berjumlah RM170,000.

Jariton Sa’adiah Buhari, 63, didakwa menolong menyembunyikan atau mengalihkan wang RM170,000 milik Chia Min Min, 48, yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik tertuduh di sebuah restoran di sini, antara 14 Februari hingga 8 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Atiqa Nazihah Azmi mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Wanita itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana dia yang tidak bekerja merupakan ibu tunggal kepada empat anak.

Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 5 Februari tahun depan untuk sebutan kes.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!