Lebih 30 kera 'naik minyak' serang rumah ibu tunggal

Marddhiah menunjukkan rakaman keadaan rumhnya sambil diperhatikan Siti Zainab (kiri).
Marddhiah menunjukkan rakaman keadaan rumhnya sambil diperhatikan Siti Zainab (kiri).
A
A
A

JEMPOL - Sebuah keluarga di Kampung Serting Ilir di sini dikejutkan dengan keadaan rumah yang berselerak setelah mereka pulang bercuti sebelum mendapati ia angkara perbuatan sekumpulan kera.

Kejadian disedari kira-kira jam 6 petang Ahad itu turut menyebabkan pendawaian elektrik di kediaman tersebut terputus selain stok makanan bertaburan atas lantai.

Ibu tunggal, Siti Zainab Ismail, 65, berkata, dia tidak menolak kemungkinan lebih 30 ekor kera masuk ke kediamannya selama lima hari bercuti di kampung dengan membuka jaring yang dipasang bagi menutup lubang di sekeliling rumah.

Siti Zainab
Siti Zainab

"Saya tinggal di sini bersama seorang anak perempuan dan dua cucu berusia lapan serta 13 tahun sejak empat tahun lalu.

Kejadian ini merupakan kali ketiga serta paling teruk berlaku dalam tempoh dua bulan ini.

"Sepanjang tempoh berkenaan semua barang dalam rumah habis rosak sama ada di dapur ataupun ruang tengah. Baju-baju dikeluarkan termasuklah ada kesan najis," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya pada Isnin.

Anaknya, Marddhiah Rusli, 34, berkata, sebelum ini haiwan berkenaan hanya masuk dan menggeledah bahagian tengah rumah serta dapur, tetapi kali ini sehingga bilik tidur.

Artikel Berkaitan:

Tangkap layar rakaman video di kediaman rumah Siti Zainab sebaik kejadian.
Tangkap layar rakaman video di kediaman rumah Siti Zainab sebaik kejadian.

"Binatang ini 'mengganas' mungkin disebabkan tidak dapat makanan di luar lalu 'menyerang' kediaman penduduk. Saya bimbang akan keselamatan sebab ada masanya anak-anak ada di rumah pun kera itu naik ke bumbung dan cuba masuk.

"Saya harap insiden ini tidak akan berulang lagi kerana ia menyebabkan kami terpaksa membersihkan keseluruhan rumah. Stok bahan mentah untuk berniaga turut terjejas," katanya.

Siti Zainab menunjukkan pakaian yang berselerak angkara kera.
Siti Zainab menunjukkan pakaian yang berselerak angkara kera.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya akan menyiasat aduan tersebut dan mengambil tindakan bersesuaian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!