Remaja OKU dilaporkan hilang ditemui selamat di rumah bapa

Laporan Sinar Harian berhubung kehilangan remaja OKU sejak Jumaat lalu
Laporan Sinar Harian berhubung kehilangan remaja OKU sejak Jumaat lalu
A
A
A

BESUT - Seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang dari rumah datuknya sejak empat hari lalu ditemukan selamat.

Nurul Dania Balqis Stimat, 16, yang dikatakan hilang sejak Jumaat lalu ditemukan berada di rumah bapanya, di Bukit Keluang, di sini pada pagi Isnin.

Menurut ibunya, Noor Hayuni Mohd Noor, 42, dia diberitahu anaknya itu selamat ditemukan selepas dikesan pergi ke kediaman bapanya, hari ini.

"Saya sekarang berada di Kuala Lumpur dan akan bergerak pulang ke kampung di Pengkalan Sentul, Seberang Jertih, Besut pada petang nanti.

"Saya diberitahu Dania ditemukan dalam keadaan selamat kira-kira jam 8 pagi tadi sebelum menghubungi adik lelaki saya untuk memaklumkan perkara ini.

"Buat sementara waktu ini, adik lelaki saya akan bantu uruskan Dania," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Jelas Noor Hayuni, ahli keluarganya juga telah ke balai polis untuk untuk melaporkan berhubung penemuan remaja terbabit.

Difahamkam, remaja berkenaan yang merupakan OKU masalah pembelajaran kali terakhir dilihat pada malam Khamis lalu di rumah datuk dan neneknya di Kampung Pengkalan Sentul, Seberang Jertih, di sini.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan seorang remaja perempuan OKU dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah datuknya di sini, empat hari lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!