800,000 pekerja sektor awam AS tidak dibayar gaji

Antara pekerja yang memuat naik slip gaji di laman sosial. - Foto Twitter @catheifner
Antara pekerja yang memuat naik slip gaji di laman sosial. - Foto Twitter @catheifner
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Ribuan pekerja sektor awam Amerika Syarikat (AS) tidak menerima gaji pertama mereka untuk tahun ini susulan penutupan separa agensi persekutuan yang memasuki hari ke-22 hari ini.

Penutupan separa kerajaan yang bermula 22 Disember lalu, ekoran kedegilan Presiden Donald Trump yang enggan meluluskan bajet persekutuan sekiranya ia tidak meliputi dana untuk pembinaan tembok sempadan AS-Mexico menyebabkan hampir suku agensi kerajaan persekutuan tidak beroperasi.

Ia turut mengakibatkan 800,000 pekerja yang sepatutnya menerima bayaran semalam, tidak dibayar gaji dan terpaksa memohon faedah pengangguran susulan kemelut kewangan.

Terdapat juga antara pekerja yang terpaksa menjual barangan bagi membeli keperluan harian dan membayar bil, manakala sebuah bank makanan di Washington melaporkan kebanjiran pekerja persekutuan yang memerlukan bantuan.

Terdahulu, Trump turut mengugut mengisytiharkan perintah darurat bagi melangkau kuasa Kongres dan meneruskan pembinaan tembok sempadan terbabit, namun kini menafikan beliau membuat ugutan tersebut. - BBC

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!