Harta pemberian suami kepada isteri perlu faraid?

FARAID hanya melibatkan harta at-Tarikah iaitu peninggalan si mati.
FARAID hanya melibatkan harta at-Tarikah iaitu peninggalan si mati.
A
A
A

APABILA seseorang meninggal dunia, pembahagian harta pusaka perlu dilakukan segera agar penerima yang sepatutnya mendapatkan bahagian masing-masing tanpa dinafikan hak.

Sebab itulah kisah isteri ‘dibekukan’ guna harta arwah suaminya, kes perebutan pusaka dan sebagainya sering kedengaran.

Dalam kes melibatkan isteri yang kematian suami, adakah pemberian suami seperti barang kemas dan hadiah-hadiah lain kepadanya juga perlu ‘difaraidkan’?

Menerusi perkongsian pendakwah Ustaz Azhar Idrus, beliau menjelaskan, faraid hanya melibatkan harta at-Tarikah iaitu peninggalan si mati.

USTAZ AZHAR IDRUS
USTAZ AZHAR IDRUS

“Ini bermakna, harta itu adalah milik si mati sebelum dia meninggal. Apabila sudah mati, ia menjadi harta peninggalan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di akaun YouTube miliknya pada Ahad.

Jika melibatkan pemberian suami kepada isterinya misalnya gelang bernilai RM10,000 ketika masih hidup, jelas Ustaz Azhar, maka harta itu sudah menjadi milik isteri.

Artikel Berkaitan:

“Ini kerana suami sudah berikan kepada isterinya. Maka (harta itu) tidak (termasuk sebagai) at-Tarikah. Maka ia tidak difaraidkan,” tegasnya.

Malangnya, ujar agamawan itu, masih ada lagi sebilangan orang yang kurang jelas mengenainya hinggakan gelang pemberian si mati kepada balunya turut dituntut untuk dimasukkan sebagai pembahagian harta pusaka.

“Padahal ia sudah menjadi haknya (balu si mati). Maka, haram (hukumnya berbuat demikian), kena hantar balik (pulangkan semula).

Jika melibatkan pemberian suami kepada isterinya misalnya gelang bernilai RM10,000 ketika masih hidup, maka harta itu sudah menjadi milik isteri.
Jika melibatkan pemberian suami kepada isterinya misalnya gelang bernilai RM10,000 ketika masih hidup, maka harta itu sudah menjadi milik isteri.

“Sudah makan (harta) haram, sembahyang tak diterima (jika tidak bertaubat). Jangan main-main hal ini dan jangan ambil hak orang,” tegasnya.

Sama juga halnya apabila seorang anak memberikan sesuatu contohnya barang kemas kepada ibunya.

Jelas Ustaz Azhar, anak tadi tidak boleh mengambil harta itu semula sekalipun ibunya sudah meninggal dunia.

“Anak itu makan harta haram walaupun dia yang beli, tetapi sudah diberikan kepada emaknya. Jangan buat perangai begitu.

“Ingatlah, yang boleh (kita) ambil semula hanyalah bila (kita) beri pinjam,” tegasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!