Syarikat katering disita gagal bayar caruman PERKESO

Pegawai PERKESO bertugas membuat pemeriksaan dalam operasi dijalankan pada Isnin
Pegawai PERKESO bertugas membuat pemeriksaan dalam operasi dijalankan pada Isnin
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah syarikat katering yang berpusat di pusat bandar raya ini disita setelah gagal menjelaskan tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM19,755.20.

Syarikat berkenaan diberi tempoh tujuh hari bermula Isnin untuk menyelesaikan tunggakan caruman sebelum lelongan aset syarikat yang dianggarkan bernilai RM20,000 dijalankan pada 13 Januari depan.

Menurut Pengarah PERKESO Selangor, Ismail Abi Hashim, kes itu adalah pertama kali dilakukan PERKESO ke atas majikan ingkar dan gagal menjelaskan tunggakan caruman selepas melalui proses pendakwaan.

"Kegagalan majikan dalam mematuhi Akta dikuatkuasakan PERKESO ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya selepas operasi sitaan itu pada Isnin.

Syarikat berkenaan diberi tempoh tujuh hari bermula Isnin untuk menyelesaikan tunggakan caruman tersebut.
Syarikat berkenaan diberi tempoh tujuh hari bermula Isnin untuk menyelesaikan tunggakan caruman tersebut.

Pada 9 Mac tahun lalu, Mahkamah Majistret Shah Alam telah memerintahkan hukuman denda dikenakan sebanyak RM4,000 ke atas majikan terbabit atas kesalahan gagal membayar caruman pekerja.

Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 6(1) dan (8) AKSP 1969 serta membenarkan majikan menyelesaikan bayaran tunggakan caruman RM19,765,20 bermula 25 Mac 2023 sebanyak enam kali ansuran.

Bagaimanapun, majikan terbabit didapati gagal menjelaskan bayaran ansuran dan PERKESO Selangor telah memohon kepada mahkamah untuk meneruskan permohonan perintah melevi - Writ Penyitaan dan Penjualan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ismail turut menasihatkan majikan sentiasa mematuhi akta yang diperuntukkan PERKESO bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!