Kereta mewah terbakar langgar bateri lori tengah jalan

Kereta mewah terbakar dalam kejadian di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Bayan Lepas pada Isnin.
Kereta mewah terbakar dalam kejadian di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Bayan Lepas pada Isnin.
A
A
A

BAYAN LEPAS - [DIKEMAS KINI] Sebuah kereta jenis Mercedes Benz C200 musnah selepas terbakar di Kilometer 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, siasatan yang dijalankan mendapati, kejadian disyaki berpunca selepas kenderaan yang dipandu seorang lelaki itu melanggar bateri lori yang berada di tengah jalan.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Kereta mewah hangus dijilat api.
Kereta mewah hangus dijilat api.

"Kejadian berlaku pada jam 3.29 petang tadi di Jambatan Kedua Pulau Pinang dari arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung. Kebakaran tersebut disyaki berpunca apabila kenderaan berkenaan melanggar bateri lori yang berada di lorong kanan.

"Kejadian berlaku ketika seorang lelaki berusia 23 tahun memandu kereta terbabit bersama seorang penumpang. Dia yang mempunyai lesen memandu yang sah bersama penumpang bagaimanapun selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Sazalee berkata, selepas melanggar objek berkenaan, pemandu masih meneruskan pemanduan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

"Kereta berkenaan melanggar objek tersebut di lorong kanan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara sebelum persimpangan keluar Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Artikel Berkaitan:

"Pemandu kemudian meneruskan pemanduan ke Jambatan Sultan Abdul Halim dan apabila tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit berasap lalu pemandu memberhentikan kenderaannya," tambahnya.

Menurut beliau, polis sedang menunggu laporan daripada pemandu kereta berkenaan untuk siasatan selanjutnya.

"Kita juga sedang mengesan rakaman kamera litar tertutup di lokasi selain mengesan saksi kejadian," katanya.

Punca kebakaran kereta tersebut disyaki kerana terlanggar bateri lori yang berada di lorong kanan jambatan.
Punca kebakaran kereta tersebut disyaki kerana terlanggar bateri lori yang berada di lorong kanan jambatan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Firdaus Mohd Saad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.18 petang.

Menurutnya, kejadian berlaku dari arah seberang menghala ke pulau.

"Anggaran peratusan kemusnahan adalah sebanyak 80 peratus dan kebakaran telah dapat dipadamkan.

"Kerja Kerja 'overhaul' selesai dan seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat kebakaran bomba (FIO) untuk siasatan lanjut," katanya.

Tambah beliau, operasi pemadaman turut mendapat bantuan daripada BBP Batu Kawan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!