Juruterbang pesawat Jeju Air lapor pelanggaran burung sebelum nahas

Pesawat itu mendarat tanpa gear pendaratan, meluncur di sepanjang landasan sebelum merempuh dinding konkrit dan terbakar. Foto: Xinhua
Pesawat itu mendarat tanpa gear pendaratan, meluncur di sepanjang landasan sebelum merempuh dinding konkrit dan terbakar. Foto: Xinhua
A
A
A

BEIJING - Juruterbang penerbangan komersial Korea Selatan yang terbabas dari landasan dan terbakar dilaporkan mengalami pelanggaran dengan burung sejurus sebelum pendaratan cemas, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik agensi berita Yonhap pada Isnin.

Menurut laporan itu, juruterbang mengeluarkan isyarat Mayday pada pagi Ahad selepas kejadian pelanggaran burung itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Wilayah Jeolla, kira-kira 288 kilometer barat daya Seoul.

Maklumat itu menyokong andaian bahawa gear pendaratan pesawat Jeju Air Boeing 737-800 mungkin terjejas.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa menara kawalan di lapangan terbang itu telah mengeluarkan amaran burung sejurus sebelum nahas berlaku.

Pesawat itu mendarat tanpa gear pendaratan, meluncur di sepanjang landasan sebelum merempuh dinding konkrit dan terbakar.

Pesawat berkenaan membawa 181 orang, dengan 179 daripadanya terbunuh. Dua mangsa yang terselamat adalah anggota kru. Selain dua warga Thailand, semua penumpang adalah rakyat Korea. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!