Remaja bunuh rakan sekelas dihukum penjara seumur hidup

Kes itu turut menjadi topik perdebatan hangat di China. - Foto Agensi
Kes itu turut menjadi topik perdebatan hangat di China. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Mahkamah di China pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang remaja yang membunuh rakan sekelasnya.

Ketiga-tiga suspek yang berusia di bawah 14 tahun ketika melakukan pembunuhan itu didakwa membuli mangsa dikenali sebagai Wang, 13, pada April lalu.

“Pembunuh Wang menyerangnya dengan penyodok sebelum menanam mayatnya di sebuah rumah hijau terbiar.

"Tertuduh dikenali sebagai Zhang disabit bersalah membunuh dengan sengaja dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

“Seorang lagi pelaku, Li dihukum penjara 12 tahun manakala tertuduh ketiga, Ma yang didapati tidak menganiaya mangsa diarahkan untuk ditempatkan di pusat pemulihan,” kata jurucakap mahkamah di wilayah Hebei.

Pada 2021, Beijing menurunkan umur pesalah jenayah daripada 14 kepada 12 tahun untuk 'kes khas' yang mengakibatkan kematian kejam. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!