Peristiwa tumpuan seluruh dunia
2024 bakal melabuhkan tirai. Komuniti antarabangsa terutamanya di negara bergolak menghadapi pelbagai pahit getir.
Selain itu, banyak peristiwa menggemparkan, kejutan dalam dunia politik, bencana alam luar biasa dan peperangan tiada kesudahan turut berlaku sepanjang tahun ini.
Ketibaan 2025 diharap dapat membuka lembaran baharu di seluruh dunia.
1 Januari
Jepun dilanda gempa bumi
- Gempa bumi berkekuatan 7.6 magnitud melanda kawasan tengah dan barat Jepun turut mencetuskan ombak tsunami setinggi lebih satu meter dengan puluhan kematian.
2 Januari
Pemimpin Hamas terbunuh
- Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Aruri dilapor terbunuh dalam serangan dron rejim Israel di Beirut, Lubnan
9 Januari
Gabriel PM baharu Perancis
- Gabriel Attal, 35, mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri paling muda dalam sejarah negara itu.
12 Januari
Sheikh Hasian PM Bangladesh
-Sheikh Hasina mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Bangladesh untuk penggal keempat berturut-turut.
31 Januari
Bekas PM Pakistan dihukum penjara
- Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan isterinya, Bushra Bibi dijatuhi hukuman penjara 14 tahun atas kesalahan rasuah.
7 Februari
Bekas Presiden Chile maut nahas helikopter
-Bekas Presiden Chile, Sebastian Pinera meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas helikopter di Lago Ranco.
14 Februari
Pilihan Raya Presiden di Indonesia
-Rakyat Indonesia mula mengundi dalam Pilihan Raya Presiden untuk menggantikan Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi.
28 Februari
Raja Norway masuk hospital di Malaysia
- Raja Norway, Raja Harald V, 87, dikejarkan ke sebuah hospital di Malaysia kerana jangkitan ketika sedang dalam lawatan peribadi ke negara ini
1 Mac
Pencipta Dragon Ball meninggal dunia
- Pencipta komik dan kartun anime Jepun, 'Dragon Ball', Akira Toriyama meninggal dunia pada usia 68 tahun.
2 Mac
Tiga pejuang Hizbullah terkroban
- Serangan dron Israel mengorbankan tiga pejuang Hizbullah di selatan Lubnan, menurut sumber keselamatan di Lubnan.
3 Mac
Shehbaz PM Pakistan buat kali kedua
-Parlimen Pakistan memilih Shehbaz Sharif sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.
6 Mac
FB, Instagram terganggu
- Facebook dan Instagram mengalami gangguan teknikal selama dua jam sehingga memberi kesan kepada ratusan ribu penggunanya di seluruh dunia.
20 Mac
Prabowo menang pilihan raya
- Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumkan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024.
3 April
Lelaki tertua di dunia meninggal
- Juan Vicente Perez Mora yang diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai lelaki paling tua di dunia meninggal dunia pada usia 114 tahun.
17 April
Suu Kyi jalani tahanan rumah
- Bekas pemimpin Myanmar yang ditahan, yang juga pemenang Hadiah Nobel, Aung San Suu Kyi, 78, dipindahkan dari penjara ke tahanan di rumah.
5 Mei
Banjir besar landa Brazil
- Banjir besar akibat hujan luar biasa yang melanda negeri Rio Grande do Sul, Brazil telah mengorbankan 100 orang manakala 100 lagi masih hilang.
7 Mei
Putin angkat sumpah Presiden Rusia
- Vladimir Putin mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelimanya yang diadakan di Istana grand Kremlin, Moscow. Bagaimanapun majlis itu diboikot oleh beberapa negara dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa negara lain susulan konflik Rusia-Ukraine.
12 Mei
Afghanistan dilanda banjir besar
- Banjir besar telah mengorbankan sekurang-kurangnya 300 orang di utara Afghanistan dan memusnahkan kira-kira 2,000 rumah. Wilayah paling terjejas teruk seperti Badakhshan, Ghor, Baghlan dan Herat.
15 Mei
PM Singapura lepas jawatan
- Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melepaskan jawatannya selepas 20 tahun memegang jawatan itu. Jawatan beliau digantikan oleh timbalannya, Lawrence Wong.
19 Mei
Presiden Iran maut nahas helikpter
- Ebrahim Raisi dilaporkan maut dalam nahas helikopter akibat cuaca. Turut terkorban adalah Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian dan beberapa pegawai lain.
20 Mei
Presiden baharu Taiwan
- Lai Ching- ti mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Taiwan yang kelapan bagi menggantikan Tsai Ing Wen yang menjawat jawatan tersebut selama lapan tahun.
9 Jun
Modi angkat sumpah Presiden India
Narendra Modi yang mengetuai Parti Bharatiya Janata (BJP) mengangkat sebagai Perdana Menteri India untuk penggal kali ketiga.
5 Julai
Masoud dilantik Presiden Iran
- Reformis, Masoud Pezeshkian dilantik sebagai Presiden Iran selepas mengalahkan pesaing konservatif, Saeed Halili dalam pilihna raya peringkat kedua di negara tersebut.
13 Julai
Cubaan bunuh Donald Trump
- Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan terselamat dalam cubaan membunuhnya semasa beliau mengadakan kempen di Butler, Pennsylvania.
21 Julai
Joe Biden calonkan Kamala Harrisa
- Presiden AS, Joe Biden melantik Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon presiden untuk bersaing jawatan dengan Donald Trump dalam Pemilihan Presiden AS 2024. Pelantikan tersebut dibuat atas faktor fizikal, mental dan emosi Biden yang semakin berumur.
26 Julai
Filem Deadpool and Volverine laris
-Filem keluaran Marvel, Deadpool and Volverine yang dibintangi Ryan Reynolds dan Hugh Jackman merekodkan kutipan tiket awal tertinggi yang berjumlah AS$233.3 juta (RM1 bilion) di Amerika Syarikat dan AS$438 (RM1.9 bilion) di seluruh dunia.
29 Julai
McDonald's umum alami kerugian
-Rangkaian makanan segera, McDonald's melaporkan kerugian penjualan di seluruh dunia buat kali pertama sejak 2020. Ia berlaku susulan tercetusnya konflik Hamas-Palestin yang menyebabkan penduduk Islam memboikot restoran tersebut.
5 Ogos
PM Bangladesh letak jawatan
-Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meletak jawatan dan lari ke luar negara ketika penunjuk perasaan menyerbu bangunan kerajaan dan Istana Presiden di Dhaka. Lebih 300 orang terbunuh.
14 Ogos
Penyakit cacar monyet merebak
-Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisyiharkan cacar monyet atau mpox sebagai darurat kesihatan awam yang membimbankan di peringkat antarabangsa selepas ia merebak di Repbulik Demokratik Congo ke negara lain dengan 15,600 kes dan 537 kematian.
18 Ogos
PM baharu Thailand dilantik
-Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn melantik Paetongtarn Shinawatra, 37, sebagai Perdana Thailand yang baharu bagi menggantikan Srettha Thavisin. Paetongtarn merupakan anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.
12 September
Ekspidisi di orbit bumi
- Kru Polaris Dawn di bawah misi SpaceX melakukan ekspedisi komersial pertama selama lima hari di orbit bumi, jarak paling jauh sejak program Apollo berakhir.
18 September
Walkie-talkie meletup, 20 maut
- Letupan walkie-talkie milik pejuang Hizbullah gegar Beirut dan meragut 20 nyawa manakala lebih 450 yang lain cedera selepas Israel mengisytiharkan fasa baharu peperangan dengan Lubnan.
24 September
Thailand iktiraf kahwin sejenis
- Thailand jadi negara pertama di Asia Tenggara mengiktiraf perkahwinan sejenis.
27 September
Pemimpin Hizubullah gugur
-Setiausaha Agung Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah gugur syahid dalam serangan udara ke atas ibu pejabat bawah tanah gerakan itu di Beirut.
1 Oktober
Presiden wanita pertama Mexico angkat sumpah
- Claudia Sheinbaum, 62, angkat sumpah sebagai Presiden wanita pertama Mexico dalam tempoh lebih 200 tahun.
7 Oktober
Setahun Perang Gaza
- Perang genosid ke atas Genting Gaza berlarutan selama setahun. Angka korban kezaliman rejim Zionis kini mencecah lebih 45,000 orang dan kempen pengeboman terus diperhebatkan ke seluruh wilayah itu.
11 Oktober
Robot manusia diperkenalkan
- Elon Musk dan Tesla memperkenalkan Robotaxi dan prototaip Robovan serta robot manusia digelar Optimus di Los Angeles.
17 Oktober
Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan
- Israel dakwa bunuh pemimpin baharu Hamas, Yahya Sinwar dalam serangan di Rafah, selatan Gaza.
5 November
Donald Trump menang
- Calon Parti Republikan, Donald Trump dilantik semula untuk mengambil alih Rumah Putih selepas menewaskan Kamala Harris pada Pilihan Raya Presiden AS.
19 November
Ukraine guna misil serang Rusia
- Buat pertama kali, Ukraine menggunakan misil jarak jauh, Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) ke atas Rusia. Peperangan selama lebih dua tahun itu memasuki fasa baharu lebih sengit.
3 Disember
Miftah hina penjual teh ais
- Ulama kontroversi Indonesia, Miftah Maulana Habiburohman atau Gus Miftah meletak jawatan sebagai Utusan Khusus Presiden Prabowo Subianto selepas rakaman video menghina penjual teh ais, Sunhaji pada 20 November menjadi tular dan dikecam banyak pihak.
8 Disember
Bashar al-Assad digulingkan
- Presiden Syria, Bashar al-Assad yang memerintah secara kuku besi selama lebih dua dekad akhirnya digulingkan kumpulan pembebas diketuai Hayat Tahrir al-Sham (HTS).
15 Disember
Anggota Bali NIne kembali ke Australia
- Lima anggota kumpulan Bali Nine yang dipenjarakan atas kes dadah di Indonesia pada 2005 kembali semula ke Australia setelah menjalani hampir 20 tahun hukuman penjara yang dikenakan.
20 Disember
Rempuhan di pasar Krismas
- Seramai lima termasuk kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terbunuh dalam kejadian rempuhan di pasar Krismas di Magdeburg, Jerman yang dilakukan suspek warga Arab Saudi, Taleb al-Abdulmohse, 50.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!