Fokus kesihatan mental pekerja

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Fokus utama kerajaan pada tahun depan perlulah menguatkuasakan polisi berkaitan kesihatan mental pekerja.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, ia berikutan kakitangan akan menghadapi tekanan dari pelbagai sudut termasuk perubahan teknologi dan beban kerja yang semakin meningkat.

Menurutnya, penguatkuasaan berkenaan perlu dilaksanakan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA).

“Ini termasuklah keperluan majikan menyediakan persekitaran kerja yang menyokong kesejahteraan mental pekerja seperti menawarkan akses kepada perkhidmatan kaunseling.

“Majikan juga seharusnya melaksanakan program kesedaran yang melibatkan punca seperti tekanan, perubahan teknologi dan ketidakseimbangan kerja-kehidupan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Effendy menegaskan agar kerajaan perlu memberi perhatian kepada pelaksanaan gaji yang adil dan progresif agar pendapatan pekerja sejajar dengan kos sara hidup semakin bertambah.

“Pekerja di Malaysia, anda adalah tulang belakang pembangunan negara.

“Pastikan anda memahami hak-hak asas seperti gaji minimum, waktu kerja adil, perlindungan keselamatan sosial dan hak untuk bergabung dengan kesatuan sekerja,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Effendy turut mengingatkan semua pekerja untuk terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan khususnya dalam bidang teknologi serta digitalisasi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!