Suami lumpuh bunuh isteri didakwa curang

Kejadian pembunuhan itu berlaku di rumah pasangan tersebut. - Foto Agensi
Kejadian pembunuhan itu berlaku di rumah pasangan tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

PURWOKERTO - Seorang lelaki yang lumpuh bahagian bawah badan didakwa membunuh isterinya.

Insiden pembunuhan itu berlaku di Grumbul Sidayasa, RT 2 RW 5, Desa Kedungrandu, Kecamatan Patikraja, Kabupaten Banyumas di Indonesia pada Jumaat lalu.

Selepas melakukan perbuatan itu, suspek dikenali sebagai FA, 27, yang berkerusi roda telah memesan Grab untuk menyerah diri di balai polis.

Pihak berkuasa memaklumkan pelaku bagaimanapun memohon penahanannya ditangguhkan atas saranan doktor kerana dia masih menjalani rawatan.

"Doktor yang merawatnya turut mengesahkan keadaannya yang susah untuk membuang air kecil dan besar selain sukar melakukan aktiviti harian lain," ujar jurucakap polis, Ari Wibowo pada Isnin.

Siasatan awal mendapati FA memukul mangsa, JM, 27, dengan menggunakan kunci Inggris (spanar boleh laras) sebanyak tiga kali kerana cemburu setelah mengetahui isterinya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

"Dia turut mencekik isterinya hingga mati. Mangsa pernah terkantoi sebelum ini. Siasatan masih dijalankan untuk mengetahu motif sebenar pembunuhan itu," jelasnya sambil menambah anak pasangan itu tinggal bersama orang tuanya.

Jika disabit bersalah, FA boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, pelaku menjadi lumpuh setelah terjatuh dari pokok mahoni beberapa tahun lalu.

Beberapa jiran tetangga mereka juga mendakwa pasangan itu sering bertengkar isu curang sebelum ini. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!