Kawal kemasukan warga asing, elak guna subsidi 2025

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kadar kemasukan warga asing ke dalam negara sama ada menerusi saluran yang sah atau tidak, perlu dikawal bagi memastikan subsidi hanya dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.

Presiden Gabungan Persatuan Peniaga dan Penjaja, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, sikap segelintir penjaja warga asing yang mengambil kesempatan menggunakan barangan subsidi ketika berniaga dianggap mencuri hak rakyat negara ini.

Datuk Seri Rosli Sulaiman
Datuk Seri Rosli Sulaiman

“Subsidi hari ini bukan saja dinikmati oleh warga tempatan tetapi ada juga orang asing seperti restoran mamak dan harga jualan mereka juga mahal.

“Perkara seperti ini kerajaan kena lihat semula, adakah subsidi yang diberi benar-benar dinikmati oleh rakyat tempatan?

"Sudahlah menumpang subsidi, hasil daripada mereka bekerja juga tidak dilaburkan kembali kepada pasaran negara.

Artikel Berkaitan:

“Gaji yang mereka peroleh pun dihantar balik kampung, boleh dikatakan lebih 80 peratus mereka hantar kepada keluarga. Hanya 20 peratus mereka simpan untuk perbelanjaan diri sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Rosli memaklumkan, pengaliran keluar ringgit dicatatkan sangat tinggi jika dihitung semula dengan jumlah pendapatan warga asing dan bilangan individu daripada golongan itu.

Ujarnya, sekiranya jumlah warga asing seramai 3.4 juta tetapi hanya tiga juta daripada mereka yang berdaftar mengikut prosedur, manakala 400,000 lagi tidak.

“Bayangkan kalau setiap orang hantar RM1,000 ke kampung (luar negara), berapa juta hari ini pengaliran duit kita setiap bulan yang keluar. Kalau kita ada duit dan tak berbelanja, ekonomi tidak akan meningkat.

“Begitu juga dengan situasi ini, jika dia tidak berbelanja di dalam negara, apa jadi dengan keadaan ekonomi kita lama-kelamaan?

"Bukan ini sahaja isunya, lambakan penjual warga asing juga menggugat keuntungan peniaga tempatan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!