United berisiko tersingkir daripada saingan EPL

Ruben Amorim
Ruben Amorim
A
A
A

RUBEN Amorim menerima hakikat bahawa Manchester United perlu berjuang mengelakkan daripada tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kekalahan 0-2 kepada Newcastle United di Old Trafford.

United mengalami kekalahan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan dan kekalahan ketiga berturut-turut dalam saingan EPL pada Selasa.

Ia telah meletakkan pasukan Amorim di tangga ke-14 dalam saingan EPL dan hanya tujuh mata di atas tempat penyingkiran.

“Saya rasa (pasukan) ketika ini hilang arah, jadi ia agak memalukan untuk menjadi jurulatih Manchester United dan tewas banyak perlawanan.

“Tetapi kami perlu mengharungi detik-detik sukar ini. Saya rasa orang sudah bosan dengan alasan di kelab ini dan saya bercakap mengenai penyingkiran kerana perkara tersebut.

"Kami perlu mengakui kedudukan kami seperti yang anda lihat dalam liga. Jadi kami perlu memenangi perlawanan dan fokus untuk terus berada dalam liga," katanya.

United ketinggalan 0-2 dalam tempoh 20 minit pertama menentang Newcastle melalui gol Alexander Isak dan Joelinton.

Amorim membuat keputusan dengan menggantikan Joshua Zirkzee selepas hanya 33 minit dengan pemain Belanda itu diejek oleh penyokong tuan rumah ketika dia meninggalkan padang.

Artikel Berkaitan:

"Ia adalah saat yang sangat sukar (untuk Zirkzee) dan dia seorang manusia. Saya bertanggungjawab.

"Apabila anda mempunyai saat-saat seperti ini, terutamanya di kelab-kelab besar anda bekerja keras untuk mengubah keadaan terutamanya apabila anda tidak mempunyai banyak masa melatih untuk menghadapi saat sukar.

"Ia adalah saat yang sangat sukar dan kami perlu berjuang untuk perlawanan seterusnya dan merealisasikan idea untuk memenangi perlawanan. Saya fikir ia sangat sukar untuk semua orang dan anda boleh merasakannya di atas padang.

"Dengan kekurangan latihan dan kurangnya kepercayaan selepas begitu banyak kekalahan dan beberapa detik sukar, kami berdepan gol pada awal permainan dan kemudian ia benar-benar menjadi sukar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!