'Semoga kakak ini dimurahkan rezeki selalu'

Video tular memaparkan nasi dipenuhi daging dan paru goreng, sayur, sambal serta ulam dengan sebungkus kuah kari dijual pada harga RM10.
Video tular memaparkan nasi dipenuhi daging dan paru goreng, sayur, sambal serta ulam dengan sebungkus kuah kari dijual pada harga RM10.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah gerai nasi bajet di ibu negara menarik perhatian ramai selepas tular video pemiliknya menjual nasi bungkus dengan harga mengejutkan.

Dalam video tular di aplikasi X, pembantu di gerai itu membungkus nasi pelanggan dipenuhi daging dan paru goreng, sayur, sambal serta ulam dengan sebungkus kuah kari pada harga RM10.

"Nasi bajet tengah KL ! Peniaga ini, mungkin bersedekah kot banyak penuh macam itu RM10 ? Peniaga macam ni wajib sokong sebab ikhlas berniaga.

"Semoga kakak ini dimurahkan rezeki selalu," tulis mhmmdhsm di laman X miliknya sekali gus mengundang perhatian warganet untuk memberi komen.

Namun, video tersebut turut mengundang pertikaian dengan ada yang mengatakan pemilik gerai berkenaan perlu berpada pada dalam meletakkan harga murah.

"Kena berpada-pada juga kak, berniaga ni nak untung juga," komen Jenal Ariffin Yusuf JAY di ruangan komen dalam hantaran itu.

Malah ada yang berseloroh mengatakan jangan hanya menjual pada harga murah sebagai publisiti menarik pelanggan sahaja.

"Harap bukan sebab video jelah ye," kata Aiman di ruangan komen.

Artikel Berkaitan:

Perkara yang sama turut disuarakan Zahier, yang berharap video itu bukan sekadar untuk 'content' semata-mata.

"Baru nak cakap bro. Sebab ada content lain masa video bukan main senduk penuh tapi bila baca rv (review) hampeh, orang lain datang hujung senduk ja dia kaut," tulisnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!