Peserta perhimpunan aman Bangkit Sabahan mula pasang kain rentang
KOTA KINABALU - Sekumpulan peserta perhimpunan aman Bangkit Sabahan dilihat telah berada di pekarangan Anjung Selera, Likas, sejak jam 11 pagi.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kumpulan tersebut mula dilihat memasang kain rentang di atas lori di kawasan tersebut.
Setakat ini, dipercayai peserta tersebut hadir bagi menyertai perhimpunan yang dijadualkan berlangsung jam 2 petang.
Dijangka hampir 30,000 peserta dijangka menyertai perhimpunan aman Bangkit Sabahan yang dirancang diadakan di Anjung Selera.
Himpunan itu melibatkan lebih 100 persatuan di seluruh negeri di mana mereka akan berpakaian berwarna hitam dengan lilitan pada lengan berwarna merah atau lilitan di kepala.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!