Vivy Yusof, suami peroleh pasport untuk tunai umrah
31 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar yang didakwa atas satu kes pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, memohon untuk mendapatkan pelepasan sementara pasport, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzarudin, 36, membuat permohonan itu bagi menunaikan umrah pada 5 Januari tahun depan dan dijangka pulang ke tanah air pada 14 Januari.
#SinarHarian #BeritaSemasa #vivyYusof #mahkamah #isufashionvalet