DBKL sita peralatan dijadikan 'cop parkir'

Kon, tayar terpakai, tong cat serta pelbagai lagi peralatan lain antara yang disita.
Kon, tayar terpakai, tong cat serta pelbagai lagi peralatan lain antara yang disita.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kon, tayar terpakai, tong cat serta pelbagai lagi peralatan lain disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar kawasan Jinjang Utara, Kepong di ibu negara.

DBKL memaklumkan, kesemua peralatan itu digunakan sebagai halangan oleh segelintir pemilik kenderaan dengan niat menguasai atau memonopoli petak parkir.

Kesemua barangan yang dikenakan sita dibawa ke stor sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras.
Kesemua barangan yang dikenakan sita dibawa ke stor sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras.

"DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Batu melaksanakan tindakan khas ke atas halangan petak parkir itu pada 30 Disember.

'Pelbagai barang dijadikan halangan pada petak parkir (cop parkir) telah dikenakan tindakan sita serta-merta di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974," menurut DBKL dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Selasa.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa.
DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa.

Berikutan itu, kesemua barangan yang dikenakan sita telah dibawa ke stor sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras di sini untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

"Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera https://adukl.dbkl.gov.my/," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!