'Bagi alasan mahu cepat'

Antara lori yang disita JPJ Selangor menerusi Op Mengejut Puspakom pada Isnin.
Antara lori yang disita JPJ Selangor menerusi Op Mengejut Puspakom pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada cukai jalan dan perlindungan insurans selain mengambil mudah dengan tidak membuat permit perjalanan sementara antara kesalahan dilakukan pemilik kenderaan perdagangan semasa membuat pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Kesalahan itu dikesan menerusi Op Mengejut Puspakom oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di seluruh cawangan Puspakom di negeri ini pada Isnin.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, sebanyak 597 kenderaan diperiksa.

Katanya, hasil pemeriksaan, JPJ telah mengeluarkan 120 notis saman, 21 notis larangan penggunaan kenderaan serta 29 notis arah periksa.

Azrin
Azrin

"Selain itu, tiga lori disita mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada cukai jalan dan insurans. Mereka tidak membuat permohonan permit perjalanan sementara daripada JPJ untuk pergerakan di atas jalan raya. Pemandu ini memberi alasan mahu cepat," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Azrin berkata, kesalahan lain yang dikenakan tindakan saman ialah tiada lesen memandu kompeten (CDL) serta lesen kenderaan barangan (GDL), masalah tayar, cermin gelap dan teknikal.

Tegasnya, tindakan operasi akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, JPJ melaksanakan Op Mengejut Puspakom di seluruh negara bermula Isnin.

Ini bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa mematuhi standard yang ditetapkan.

Menerusi operasi yang dilaksanakan di Puspakom Wangsa Maju di Kuala Lumpur, sebuah lori yang dianggap tidak selamat didapati telah lulus pemeriksaan di Puspakom terbabit.

Susulan itu, penyelia dan kakitangan Puspakom yang bertanggungjawab bagi pemeriksaan itu diarah hadir ke Ibu Pejabat JPJ untuk soal siasat selain kertas siasatan akan dibuka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!