Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhadap KPN
31 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa mengarahkan blogger kontroversi, Papagomo menurunkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong membenarkan permohonan Razarudin untuk mendapatkan perintah injunksi ex-parte atau satu pihak, untuk menghalang blogger itu selaku defendan daripada mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah