Peluang terakhir pelajar dapatkan baucar Buku Madani hari ini
KUALA LUMPUR - Hari ini merupakan hari terakhir Program Baucar Buku Madani Fasa 2 yang bernilai RM100 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
MySISWAPLACE dalam kenyataan memaklumkan pelajar masih berpeluang merebut baucar buku berkenaan pada Selasa.
"Perhatian kepada pelajar institusi pengajian inggi (IPT) yang belum tebus baucar buku RM100 percuma, anda tidak ada banyak masa lagi!
"Tinggal sehari hari sahaja lagi untuk anda tebus dan beli buku-buku yang menarik di MySiswaPlace! Rugi kalau tak gunakan bantuan baucar buku percuma ini," katanya.
Selain, bagi pelajar IPT yang mendapatkan baucar buku hari terakhir itu juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan melayari mysiswaplace.my.
Portal yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir itu bertujuan untuk memperluas akses bantuan kebajikan dan geran bagi mahasiswa dengan lebih efisien dan pantas.
Melalui MySiswaPlace, pelajar IPT boleh mendapatkan bantuan secara atas talian termasuk Baucar Buku Madani bernilai RM100 yang boleh ditebus bermula 30 Oktober hingga hari ini (31 Disember 2024).
Data terkini menunjukkan hampir 500,000 baucar berjaya ditebus dengan 60 peratus daripadanya merupakan pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 29 peratus dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan 10 peratus dari pelajar di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!