Yakult raikan Tahun Baharu Cina dengan Kempen Beli dan Menang
YAKULT (Malaysia) Sdn Bhd kembali semula dengan Kempen Beli dan Menang Tahun Baharu Cina 2025 sebagai menghargai serta memberi sokongan kepada pengguna setia produk tersebut.
Kempen itu bermula dari 28 Disember 2024 sehingga 26 Januari 2025 bagi meneruskan misi menyebarkan kesihatan dan kebahagiaan sempena musim perayaan.
Pengarah Urusannya, Hiroki Yanase berkata, orang ramai berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM30,000 dan setiap minggu seramai 75 orang akan dipilih secara rawak untuk menerima hadiah wang tunai berjumlah RM66, RM88, RM188 atau RM288 melalui tambah nilai e-Wallet Touch ‘n Go.
Menurutnya, selain hadiah mingguan, pengguna setia juga berpeluang memenangi hadiah utama di penghujung kempen iaitu botol emas mini Yakult 916 seberat lima gram yang melambangkan kesihatan, kekayaan dan kemakmuran.
“Kempen Beli dan Menang ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan pembelian minimum 20 botol produk Yakult dalam satu resit.
“Orang ramai boleh menebus satu set peket angpau eksklusif Tahun Baharu Cina yang direka khas bersama nombor siri unik dan kod QR untuk menyertai kempen ini.
“Ini membolehkan peserta untuk menyertai kempen dan berpeluang memenangi hadiah mingguan serta hadiah utama selain peket angpau istimewa ini boleh ditebus menerusi pembelian melalui jurujual Yakult di kedai atau kedai runcit terpilih secara langsung.
“Maklumat penuh mengenai kempen ini kini boleh didapati di laman sesawang Yakult Malaysia, www.yakult.com.my,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, menurut Yanase, sempena Tahun Baharu Cina yang akan menjelang tiba tidak lama lagi diharapkan membawa kemakmuran, kesihatan dan kebahagiaan kepada seluruh ahli keluarga di negara ini.
“Selamat Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai. Semoga tahun ular ini membawa kemakmuran, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan kepada anda serta ahli keluarga anda,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!