Seorang maut, seorang hilang selepas kapal karam di Filipina

Kapal MV Jerlyn Khatness dengan 15 anak kapal dilaporkan karam di perairan berhampiran bandar Lavezares. Foto glenn shipsnapshots.blogspot.com
Kapal MV Jerlyn Khatness dengan 15 anak kapal dilaporkan karam di perairan berhampiran bandar Lavezares. Foto glenn shipsnapshots.blogspot.com
A
A
A

MANILA - Seorang anak kapal sebuah kapal kargo Filipina yang karam di perairan wilayah Northern Samar ditemukan lemas, manakala seorang lagi masih hilang, menurut Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Selasa.

John Limuel Ballesta dari stesen PCG Northern Samar memberitahu Xinhua dalam satu temu bual telefon bahawa kapal MV Jerlyn Khatness dengan 15 anak kapal, karam di perairan berhampiran bandar Lavezares pada Isnin.

Beliau berkata, kapal yang membawa muatan simen itu berlepas dari bandar Naga di wilayah Cebu menuju ke San Jose, Northern Samar sebelum dilanda ombak besar.

Ballesta berkata, 13 anak kapal berjaya diselamatkan, manakala operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa sedang giat dijalankan. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!