Premis baik pulih alat elektronik didalangi warga asing

PETIK menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap premis membaik pulih alat elektronik yang dikendalikan oleh warga asing. Gambar hiasan (Gambar kecil: Muhammad Khairol)
PETIK menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap premis membaik pulih alat elektronik yang dikendalikan oleh warga asing. Gambar hiasan (Gambar kecil: Muhammad Khairol)
A
A
A

SHAH ALAM – Persatuan Baik Pulih TV dan Elektronik (PETIK) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap premis membaik pulih alat elektronik yang dikendalikan oleh warga asing.

Pengerusinya, Muhammad Khairol Hafizan Che Harun berkata, premis yang dikendalikan oleh warga asing itu dikenal pasti beroperasi di kawasan sekitar Kinrara, Puchong.

Menurutnya, berdasarkan undang-undang, pekerja asing tidak dibenarkan memiliki atau menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Premis ini menawarkan perkhidmatan baik pulih dengan kadar harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

“Tindakan ini bukan sahaja menjejaskan rantaian kos upah tetapi juga kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, pihaknya bimbang jika kualiti servis yang rendah ini menyebabkan kerosakan lebih besar kepada barangan pelanggan sekaligus akan mencemar reputasi keseluruhan industri baik pulih elektronik.

“Kami menyeru pihak berkuasa, khususnya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pihak berkuasa tempatan (PBT), dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), untuk menjalankan operasi penguatkuasaan segera terhadap premis yang disyaki ini.

“Ini termasuklah mengambil tindakan terhadap individu atau entiti yang melanggar undang- undang, termasuk pembatalan lesen perniagaan jika premis didapati bersalah,”ujarnya,

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, jika sekiranya perkara seperti ini tidak dibendung, ia akan menjejaskan kelangsungan ekonomi pengusaha tempatan dan membuka ruang kepada lebih banyak pelanggaran undang-undang di masa hadapan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!