Polis Marin rampas arak tidak bercukai bernilai RM200,000

PPM Wilayah Dua berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan arak tidak bercukai dengan penahanan dua lelaki dalam dua serbuan berasingan di Taman Daya, Johor Bahru di sini, pada Isnin.
PPM Wilayah Dua berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan arak tidak bercukai dengan penahanan dua lelaki dalam dua serbuan berasingan di Taman Daya, Johor Bahru di sini, pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan arak tidak bercukai dengan penahanan dua lelaki dalam dua serbuan berasingan di Taman Daya, Johor Bahru di sini, pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, serbuan dilakukan di bawah Op Taring Landai itu berjaya merampas arak pelbagai jenama seperti Sikol, Heineken, Tiger, Royal Stout, Carlsberg, Guinness, Chang Classic dan Blanc 1664 yang didapati dalam pelbagai saiz tin dan botol.

“Sampel kesemua arak berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kastam dan Jabatan Kimia untuk penilaian lanjut.

“Dalam serbuan tersebut, polis memberkas seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun dan seorang lelaki warga asing berusia 36 tahun.

“Kedua-dua suspek gagal mengemukakan lesen perniagaan premis yang sah daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek berkenaan telah diluluskan selama lapan hari mulai Isnin hingga Selasa depan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Sekyen 3(1) Undang-undang kecil pelesenan tred, perniagaan dan perindustrian serta

Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!