JAINJ akan bantu maahad tahfiz terbakar

Asrama pelajar Maahad Tahfiz Al Johari di Parit Bingan, Parit Raja, Batu Pahat yang terbakar pada awal pagi Selasa.
Asrama pelajar Maahad Tahfiz Al Johari di Parit Bingan, Parit Raja, Batu Pahat yang terbakar pada awal pagi Selasa.
A
A
A

BATU PAHAT - Kerajaan negeri akan membantu Maahad Tahfiz Al Johari berikutan asrama pelajarnya terbakar di Parit Bingan, Parit Raja, pada awal pagi Selasa.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Khalid berkata, bantuan itu akan disalurkan menerusi Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

"Saya mendapat tahu Maahad Tahfiz Al Johari. Aras satu yang menempatkan asrama lelaki terkesan keseluruhannya.

"Insya-ALLAH kita akan bantu. Syukur tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dan takziah kepada pengurusan dan anak-anak," katanya dalam muat naik di Facebooknya.

Dianggarkan 70 peratus blok asrama Maahad Tahfiz Al Johari, Parit Raja di sini, musnah dalam kebakaran pagi Selasa.

Kebakaran berlaku pada jam 8.30 pagi menyebabkan bangunan dua tingkat itu musnah sama sekali namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!