Hospital Taiping cari waris mayat tidak dituntut

Hospital Taiping mencari waris kepada mayat wanita yang tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital. Gambar hiasan
Hospital Taiping mencari waris kepada mayat wanita yang tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital. Gambar hiasan
A
A
A

TAIPING - Hospital Taiping mencari waris kepada mayat wanita yang tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital.

Wanita bernama Husnol Hotimah, 52, warga Indonesia itu disahkan meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Menurutnya, alamat terakhir wanita terbabit adalah di nombor 28, Tingkat Atas Stesen Bas Kamunting di sini.

"Sehubungan itu, pihak waris dimohon hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Taiping atau menghubungi talian 05-8204000 (sambungan 8045) bagi urusan tuntutan mayat dan maklumat lanjut," katanya menerusi satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!