Penghantar makanan berputih mata wang pelaburan RM34,800 lesap

Seorang penghantar makanan berputih mata apabila pelaburannya berjumlah RM34,800 lesap akibat terpedaya dengan sindiket pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan berganda. Gambar hiasan (Gambar kecil: Raub)
Seorang penghantar makanan berputih mata apabila pelaburannya berjumlah RM34,800 lesap akibat terpedaya dengan sindiket pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan berganda. Gambar hiasan (Gambar kecil: Raub)
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang penghantar makanan berputih mata apabila pelaburannya berjumlah RM34,800 lesap akibat terpedaya dengan sindiket pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan berganda.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, lelaki warga tempatan berusia 57 tahun itu telah tertarik dengan satu iklan pelaburan saham ketika melayari Facebook pada 21 November lalu.

Katanya, mangsa telah berkenalan dengan seorang perempuan warga asing di Facebook sebelum berhubung menerusi aplikasi WhatsApp yang meminta mangsa menggantikan tempatnya bagi satu pekerjaan sambilan.

“Mangsa kemudiannya telah diminta menghubungi seorang lagi perempuan warga asing, kononnya sebagai cikgu kewangan saham wang yang boleh membimbingnya dalam pelaburan tersebut.

“Mangsa yang mempercayai pelaburan saham tersebut telah memindahkan sejumlah RM34,800 kepada enam akaun tempatan yang berbeza secara berperingkat antara 2 Disember hingga 28 Disember lalu sebelum diminta membuat pembayaran tambahan sebanyak RM14,881.30 ke akaun bank tempatan bagi tujuan pengeluaran wang pelaburannya.

“Mangsa kemudiannya percaya dirinya telah ditipu setelah gagal mendapat pulangan keuntungan yang dijanjikan,” katanya.

Ujar beliau, siasatan awal dijalankan melalui platform semak mule CCID mendapati dua daripada enam akaun yang terlibat mempunyai enam rekod laporan polis melibatkan kes penipuan pelaburan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dalam tawaran kerja yang tidak wujud.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!