Public Mutual isytihar agihan lebih RM99 juta untuk sembilan dana

Public Mutual mengisytiharkan pengagihan berjumlah lebih RM99 juta untuk sembilan dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Public Mutual mengisytiharkan pengagihan berjumlah lebih RM99 juta untuk sembilan dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
A
A
A

PUBLIC Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengisytiharkan pengagihan berjumlah lebih RM99 juta untuk sembilan dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Pengurus unit amanah itu dalam satu kenyataan pada Selasa mengumumkan, pengagihan kasar tahunan sebanyak 5.5 sen seunit adalah untuk Public Islamic Enhanced Bond Fund dan 5.0 sen seunit untuk PB Aiman ​​Sukuk Fund.

Ia juga mengisytiharkan pengagihan kasar tahunan sebanyak 4.75 sen seunit bagi Public Islamic Strategic Bond Fund dan Public Strategic Bond Fund.

Sementara itu, pengagihan kasar sebanyak 1.25 sen seunit untuk PB Mixed Asset Conservative Fund, 0.9 sen seunit untuk Public Institutional Bond Fund, 0.8 sen seunit untuk Public Savings Fund dan 0.2 sen seunit untuk Public Islamic Growth and Income Fund.

Bagi Public Islamic Savings Fund yang membayar pengagihan setiap setengah tahun, pengagihan kasarnya adalah 0.15 sen seunit.

Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 180 dana di bawah pengurusannya.

Ia juga merupakan penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang diluluskan dengan menguruskan sembilan dana PRS. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!