Pentadbiran baharu Syria lantik Murhaf Abu Qasra sebagai Menteri Pertahanan

Murhaf Abu Qasra. Foto Agensi
Murhaf Abu Qasra. Foto Agensi
A
A
A

ANKARA - Pentadbiran baharu Syria pada Selasa melantik Murhaf Abu Qasra sebagai Menteri Pertahanan negara itu, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.

Agensi berita rasmi SANA melaporkan Abu Qasra dilantik sebagai Menteri Pertahanan dalam kerajaan sementara baharu.

Pelantikan ini sebahagian usaha untuk menyusun semula institusi negara Syria susulan kejatuhan rejim Bashar Assad pada 8 Disember lepas.

Beliau yang memerintah Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan anti-rejim mengambil alih Damsyik, menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963. - Bernama-AA

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!