Wanita Indonesia ditemui mati dalam bilik hotel

Beberapa anggota polis termasuk unit peronda menjalankan kawalan di sekitar lokasi kejadian.
Beberapa anggota polis termasuk unit peronda menjalankan kawalan di sekitar lokasi kejadian.
A
A
A

SERDANG - Seorang wanita warga Indonesia ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel bajet di Bandar Kinrara pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, penemuan mayat wanita terbabit dimaklumkan oleh pihak hotel berkenaan.

"Siasatan awal mendapati mayat mangsa ditemukan pekerja hotel kira-kira jam 9 malam sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

"Buat masa ini, siasatan dijalankan di lokasi kejadian termasuk melibatkan anggota forensik bagi mengumpul bahan bukti yang ada," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Katanya, satu kenyataan media berkaitan kes ini akan dikeluarkan.

Sinar Harian yang berada di lokasi kejadian mendapati beberapa anggota polis termasuk unit peronda (MPV) menjalankan kawalan di sekitar lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!