'Tunggu dan lihat apa yang saya akan buat' - TMJ

Tunku Mahkota Ismail. Gambar kecil: Status Tunku Mahkota Ismail yang dimuat naik di InstaStory milik baginda
Tunku Mahkota Ismail. Gambar kecil: Status Tunku Mahkota Ismail yang dimuat naik di InstaStory milik baginda
A
A
A

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyifatkan tahun 2025 akan menjadi tahun yang hebat terutama buat pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT memberi bayangan sesuatu yang besar akan berlaku tahun ini dengan perancangan terbaik sudah diatur dalam usaha mencipta kejayaan demi kejayaan.

"Perkara besar akan berlaku. Jika anda rasa apa yang saya lakukan untuk JDT selama ini hebat, tunggu dan lihat apa yang saya akan buat.

"Peningkatan dalam setiap aspek, nilai komersial, aset, infrastruktur terbaik, sejarah dan kejayaan. Empayar kami.

"2025 akan menjadi tahun yang terbaik dan sukar dipercayai. Ia merupakan permulaan era legasi," kata baginda di laman InstaStory HRH Crown Prince of Johor.

Ketika ini, JDT terus menguasai saingan Liga Malaysia apabila kekal mendahului saingan Liga Super selain telah berjaya menjulang Piala FA buat kali ketiga berturut-turut Ogos lalu.

Selain itu, Harimau Selatan juga masih dalam misi memburu tempat ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Tunku Mahkota Ismail juga ketika ini memainkan peranan penting dalam proses penstrukturan Harimau Malaya dengan pelantikan pengendali baharu skuad kebangsaan, Peter Cklamovski manakala bekas jurulatih Kedah, Nafuzi Zain untuk mengemudi skuad bawah 23 tahun (B-23) negara.

Artikel Berkaitan:

Harimau Malaya akan turut mendapat sentuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya iaitu bekas pemain Kanada, Robert Douglas Friend yang bakal menjadi peneraju utama dalam struktur organisasi baharu skuad negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!