Bas, treler terbabit kemalangan antara 44 kenderaan disita

Ahmad Khirulanwar Alyahya (dua dari kiri) turun padang mengetuai Operasi Khas Motosikal 2024 sempena ambang tahun baharu 2025 di Jalan Tanah Putih di sini pada Selasa.
Ahmad Khirulanwar Alyahya (dua dari kiri) turun padang mengetuai Operasi Khas Motosikal 2024 sempena ambang tahun baharu 2025 di Jalan Tanah Putih di sini pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Bas persiaran yang terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands mengorbankan dua penumpang dan 19 yang lain cedera pada Jun lalu antara 44 kenderaan perdagangan disita melibatkan lucut hak di bawah Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 bagi kesalahan membawa lebih muatan.

Turut disita lori treler yang tayarnya tercabut menghentam sebuah kereta di Kilometer 14 Jalan Jerantut-Maran-Kuantan baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata, 42 kenderaan lain yang disita melibatkan kesalahan membawa lebih muatan hasil operasi Ops Mammoth (28), Ops Tutup (1) dan Ops Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (13).

Ahmad Khirulanwar Alyahya turun padang mengetuai Operasi Khas Motosikal 2024 sempena ambang tahun baharu 2025 di Jalan Tanah Putih di sini pada Selasa.
Ahmad Khirulanwar Alyahya turun padang mengetuai Operasi Khas Motosikal 2024 sempena ambang tahun baharu 2025 di Jalan Tanah Putih di sini pada Selasa.

Menurutnya, secara keseluruhannya, sebanyak 1,251 kenderaan telah disita dengan motosikal paling banyak iaitu 887 buah.

"Dalam tempoh Januari hingga Disember 2024, JPJ Pahang telah melakukan pemeriksaan ke atas 439,567 kenderaan termasuk persendirian, kenderaan perkhidmatan barangan dan kenderaan perkhidmatan awam.

"Daripada jumlah itu, 93,916 kenderaan telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan dan sebanyak 155,788 notis saman telah dikeluarkan dimana kesalahan melibatkan lesen memandu merekodkan jumlah tertinggi dengan 41,380 saman," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Terdahulu Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya turun padang mengetuai Operasi Khas Motosikal 2024 sempena ambang tahun baharu 2025 di Jalan Tanah Putih di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya lagi, melalui Ops Khas Puspakom yang dijalankan di negeri ini pada 30 dan 31 Disember lalu, sebanyak 152 kenderaan diperiksa dan 80 daripadanya telah diambil tindakan.

"Melalui ops itu, 290 notis dan saman dikeluarkan iaitu 149 adalah notis saman, Notis Larangan Pengunaan Sesebuah Kereta Motor (61),Notis Arah Pemeriksaan (72), Notis Sita Kenderaan (3) dan Notis Permintaan Butir-Butir Pemandu (5)," katanya.

Sementara itu katanya, Operasi Khas Motosikal 2024 yang diadakan serentak di seluruh negara termasuk di lima lokasi di Pahang pada Selasa merupakan usaha berterusan JPJ untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan ke atas kenderaan yang gagal mematuhi peraturan, serta dipandu dengan tidak selamat.

"Dalam operasi bermula jam 8 hingga 12 tengah malam itu, 2,741 kenderaan diperiksa dan 388 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

"Sebanyak 555 saman telah dikeluarkan dan 26 kenderaan disita," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!