Tuah daratkan pari 12.455kg dalam hujan, menang RM15,000

Azri menunjukkan ikan pari seberat 12.455kg yang berjaya dipancingnya.
Azri menunjukkan ikan pari seberat 12.455kg yang berjaya dipancingnya.
A
A
A

KUANTAN - Hujan sepanjang hari ketika gelombang banjir kedua mula melanda Pantai Timur bukan penghalang buat Azri Abu Bakar, 44, untuk meraih kejuaraan dalam pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia Jelajah Joran Pantai Timur di Pantai Sepat di sini Ahad lalu.

Azri menjinakkan ikan pari seberat 12.455 kilogram (kg) tepat jam 12.03 tengah hari, sekali gus merangkul RM15,000 sebagai juara pertandingan dengan menewaskan lebih 400 peserta lain.

Peserta Cuti-Cuti Malaysia Jelajah Joran Pantai Timur memancing dalam hujan di Pantai Sepat Ahad lalu.
Peserta Cuti-Cuti Malaysia Jelajah Joran Pantai Timur memancing dalam hujan di Pantai Sepat Ahad lalu.

Tempat kedua disandang oleh Mohd Naim Nordin, 31, yang menjinakkan pari 4.55kg, manakala Hafuzi Abu Bakar, 48, yang menaikkan ikan pari 2.405kg berpuas hati di tempat ketiga.

Mohd Naim membawa pulang RM4,000 manakala Hafuzi menerima RM2,000 dan hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Setiausaha West Coast Surfcaster (WCS), Sharudin Adnan.

Ia adalah kemenangan kedua Azri dalam tempoh dua minggu selepas menjuarai pertandingan Pancing Santai Madani di Pantai Kelanang, Selangor yang menawarkan hadiah RM10,000 pada 19 Disember lalu.

“Alhamdulillah, umpan udang hidup yang saya gunakan berjaya menambat pari sekali gus muncul juara. Meskipun hujan dan angin kencang sepanjang pertandingan, namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus memburu ikan di Pantai Sepat dan akhirnya perjuangan saya membuahkan hasil,’’ katanya.

Artikel Berkaitan:

Sharudin (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia Jelajah Joran Pantai Timur.
Sharudin (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia Jelajah Joran Pantai Timur.

Sementara itu, Sharudin.berkata, pertandingan Jelajah Joran Pantai Timur siri ketiga itu sepatutnya diadakan pada 1 Disember lalu.

“Namun berikutan banjir yang melanda Pantai Timur, acara itu terpaksa dibatalkan atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana faktor keselamatan,’’ katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!