Dua pelajar Tingkatan Empat maut motosikal bertembung

Keadaan motosikal ditunggang kedua-dua mangsa selepas terlibat kemalangan. Foto PDRM
Keadaan motosikal ditunggang kedua-dua mangsa selepas terlibat kemalangan. Foto PDRM
A
A
A

JEMPOL - [DIKEMAS KINI] Dua pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan di Kilometer 10 Jalan Bahau/Kemayan di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Irfan Musa dan Muhamad Sharifuddin Haziq Mohd Sollehhuddin yang berusia 17 tahun maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa motosikal jenis Yamaha Y16ZR ditunggang Muhamad Sharifuddin dari arah Bahau menuju ke Kemayan.

"Ketika motosikal mangsa bergerak mendaki bukit, dipercayai telah dilanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggang Muhammad Irfan dari arah bertentangan.

"Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua penunggang motosikal alami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melalu atau berbahaya.

Ujarnya, saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!