Amaran hujan berterusan di empat negeri mulai 4 Januari

Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi seluruh Terengganu selain beberapa daerah di Kelantan, Pahang dan Johor bermula 4 hingga 6 Januari ini.
Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi seluruh Terengganu selain beberapa daerah di Kelantan, Pahang dan Johor bermula 4 hingga 6 Januari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi seluruh Terengganu selain beberapa daerah di Kelantan, Pahang dan Johor bermula 4 hingga 6 Januari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, antara lokasi yang melibatkan Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Menurutnya, di Pahang pula membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor melibatkan Mersing serta Kota Tingga.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

“Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!